Posts

Cara-cara Generasi Muda Menyemarakkan Semangat Patriotik

Image
           Pada era pascakemerdekaan ini, semangat patriotik dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda kian tandus. Kebanyakan generasi muda "merdeka" hanya bebas daripada cengkaman penjajahan dan menghayati makna merdeka dengan sekadar melaungkan slogan serta mengibarkan Jalur Gemilang semata-mata. Jika ditelusuri secara mendalam, fenomena ini terjadi disebabkan oleh kekurangan didikan sejak kecil, kempen patriotik kurang efektif dan kelonggaran penerapan mata pelajaran Sejarah di sekolah. Situasi ini perlu dipandang serius kerana golongan inilah yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara ibarat kata peribahasa, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Sehubungan dengan itu, marilah kita menghalusi cara-cara yang boleh dilakukan oleh generasi muda untuk menyemarakkan semangat patriotik sebelum kudis menjadi tokak agar inti pati wacana ini dapat meningkatkan  kesedaran seluruh strata masyarakat di negara ini.         ...

Faktor-faktor Generasi Muda Tidak Berminat dalam Bidang Penternakan

Image
  Dalam meniti arus modenisasi abad ke-21, bidang penternakan semakin kurang mendapat sambutan daripada golongan muda. Golongan ini lebih cenderung memilih pekerjaan kolar putih yang menjanjikan prospek pendapatan yang lumayan. Berdasarkan laporan Interim Banci Pertanian 2024, hanya 15 peratus anak muda menceburi sektor pertanian dan penternakan. Fenomena ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan keterjaminan bekalan makanan negara serta pertumbuhan iktisad masyarakat luar bandar. Persoalannya kini, mengapakah generasi muda tidak berminat menceburi bidang perternakan? Sehubungan dengan itu, marilah kita menelusuri faktor-faktor generasi muda tidak berminat dalam bidang penternakan agar pengetahuan kita bertambah tentang inti pati wacana ini umpama peribahasa, jauh perjalanan, luas pemandangan.                Pada hemat saya, generasi muda tidak berminat dalam bidang penternakan disebabkan oleh faktor kotor, sukar dan memenatk...

Surat Tidak Rasmi: Pengalaman Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Image
No. 18, Jalan Melur 3, Taman Seri Damai, 28000 Temerloh, Pahang. 8 Mei 2026 Menemui sahabatku, Aminah yang berada di Johor Bahru semoga sihat sejahtera di sisi keluarga tersayang. Saudari, Apa khabar saudari di sana? Saya berharap saudari berada dalam keadaan sihat wal afiat. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Sambutan perayaan kali ini amat meriah dan meninggalkan kenangan yang indah kepada saya sekeluarga. Pada malam sebelum hari raya, kami sekeluarga sibuk membuat persiapan. Ibu memasak pelbagai juadah seperti ketupat, rendang ayam dan lemang manakala ayah pula memasang pelita di halaman rumah. Saya dan adik membantu abang menghias ruang tamu supaya kelihatan cantik dan kemas. Kami bekerjasama bagai aur dengan tebing demi memastikan rumah berada dalam keadaan terbaik untuk menyambut tetamu. Pada pagi hari raya, kami bangun awal untuk mandi sunat Aidilfitri dan memakai pakaian baharu. ...

Surat Tidak Rasmi: Pengalaman Sambutan Tahun Baharu Cina

Image
No. 25, Jalan Anggerik 5, Taman Harmoni, 28000 Temerloh, Pahang. 8 Mei 2026. Menemui sahabatku, Jason yang berada di Pulau Pinang semoga sihat sejahtera di samping keluarga tersayang. Saudara, Apa khabar saudara di sana? Saya berharap saudara berada dalam keadaan sihat dan ceria. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya menyambut Tahun Baharu Cina pada tahun ini. Sambutan perayaan kali ini amat meriah dan memberikan kenangan yang indah kepada saya sekeluarga. Beberapa hari sebelum perayaan, kami sekeluarga sibuk membuat persiapan. Kami membersihkan rumah dan menghias ruang tamu dengan tanglung merah serta pelbagai hiasan yang cantik. Ibu pula menyediakan kuih-muih tradisional seperti kuih bakul, biskut kacang dan biskut nanas. Kami bekerjasama bagai aur dengan tebing agar semua persiapan dapat disiapkan dengan cepat dan teratur. Pada malam sebelum Tahun Baharu Cina, kami mengadakan makan besar bersama ahli keluarga. Datuk, nenek, pak cik, ...

Cara-cara melahirkan Rakyat yang Berinovasi Baharu dalam Teknologi

Image
Pada era globalisasi yang semakin mencabar ini, kewujudan pelbagai inovasi teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), teknologi kenderaan elektrik, teknologi nano dan teknologi kuantum telah meningkatkan kualiti hidup mujtamak sejagat sekali gus memacu kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Sejajar dengan itu, kita perlu membudayakan inovasi dalam teknologi agar tidak ketinggalan dalam meniti arus perkembangan dunia. Persoalannya, siapakah yang seyogianya dipertanggungjawabkan untuk membentuk generasi yang mampu mencetuskan inovasi baharu dalam teknologi? Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama menghalusi usaha-usaha untuk melahirkan rakyat yang berinovasi baharu dalam teknologi agar pengetahuan kita bertambah tentang inti pati wacana ini umpama peribahasa, jauh perjalanan luas pemandangan.                Cara primer untuk melahirkan rakyat yang mampu mencetuskan inovasi baharu dalam teknologi harus bermula daripada individu. Hal ini menje...

Ciri-ciri Remaja yang Baik

Image
                Umum mengetahui bahawa, remaja merupakan aset yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Sebagaimana bekas pemimpin Indonesia, Soekarno pernah berkata, "berikan aku 1000 orang tua, nescaya akan aku cabut semeru dari akarnya, berikan aku 10 orang pemuda, nescaya akan aku goncangkan dunia ini". Ungkapan ini telah menjelaskan potensi generasi muda sebagai pencorak negara dan ummah pada masa hadapan. Oleh itu, golongan ini harus dibimbing bagai menatang minyak yang penuh supaya menjadi warganegara yang berkualiti dan berakhlak mulia.  Persoalannya, apakah ciri-ciri yang sewajarnya dimiliki oleh seorang remaja yang baik? Sehubungan dengan itu, marilah kita menghalusi satu demi satu ciri remaja yang baik agar golongan ini mampu menerajui negara ke puncak kegemilangan.                 Sudah terang lagi bersuluh, remaja yang baik mestilah taat setia kepada raja dan negara. Hal ini dika...

Impak-impak Pencemaran Plastik

Image
Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Dasawarsa ini, kita sering mendengar omelan dari bibir ke bibir umat manusia tentang isu pencemaran plastik . Isu ini sering dipaparkan dalam media arus perdana. Menurut liputan berita Astro Awani , pencemaran plastik telah menjadi ancaman global akibat lebih daripada 8 juta tan sisa plastik memasuki lautan saban tahun. Keadaan ini wajar dipandang serius kerana akan  membahayakan alam sekitar dan memudaratkan kesihatan manusia jika dibiarkan berlarutan. Persoalannya, sejauh manakah ancaman pencemaran plastik kepada alam sekitar dan hidupan di bumi? Sehubungan dengan itu, marilah kita menghalusi satu demi satu impak pencemaran plastik agar pengetahuan kita bertambah tentang isu ini umpama peribahasa, jauh perjalanan, luas pemandangan.               Umum mengetahui bahawa, pencemaran plastik akan membawa kesan yang ketara kepada pencemaran air . Hal ini dikatakan demikian kerana berjuta-juta tan sisa ...

Usaha-usaha Meningkatkan Pelibatan Rakyat Malaysia dalam aktiviti Sukan

Image
            Dasawarsa ini, pelibatan rakyat dalam aktiviti sukan telah memperlihatkan penurunan yang ketara. Berdasarkan kajian oleh Institusi Penyelidikan Sukan Negara (ISN), hanya 35% rakyat Malaysia terlibat dalam aktiviti sukan secara berkala. Senario ini tidak harus dipandang remeh kerana boleh mengundang masalah kesihatan yang serius termasuklah penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan penyakit kardiovaskular. Sesungguhnya, individu yang aktif dalam sukan dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan mental yang optimum. Persoalannya kini, bagaimanakah pelibatan rakyat dalam aktiviti sukan dapat ditingkatkan? Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu prakarsa untuk meningkatkan pelibatan rakyat dalam aktiviti sukan.          Usaha prima yang boleh dilakukan untuk meningkatkan pelibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti sukan ialah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus memperbanyak prasarana sukan yang mesr...

Langkah-langkah Mengurangkan Kadar Penyakit Diabetes

Image
           Dasawarsa ini, penyakit diabetes semakin menular dalam kalangan rakyat Malaysia. Berdasarkan laporan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hampir 18% daripada populasi dewasa di negara ini menghidapi penyakit tersebut. Fenomena ini menjadikan Malaysia antara negara dengan kadar diabetes tertinggi di Asia Tenggara. Keadaan ini perlu dipandang serius kerana boleh menjejaskan kualiti hidup rakyat jika dibiarkan berterusan. Persoalannya kini, bagaimanakah caranya untuk mengatasi isu penyakit diabetes? Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu langkah mujarab yang boleh diambil untuk mengurangkan kadar penyakit diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia sebelum kudis menjadi tokak.         Pada hemat saya, langkah prima untuk mengurangkan kadar penyakit diabetes ialah masyarakat perlu membudayakan gaya hidup aktif dalam kehidupan seharian. Hal ini dikatakan demikian kerana amalan gaya hidup ak...

Punca-punca Murid Ponteng Sekolah

Image
           Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Dasawarsa ini, kita sering mendengar omelan dari bibir ke bibir anggota masyarakat tentang masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid di negara kita. Masalah ini menjadi semakin meruncing pada era pasca-COVID-19 melanda dunia. Senario ini nescaya akan mendatangkan impak yang besar terhadap pembentukan modal insan dan pembangunan negara jika dibiarkan berlarutan. Persoalannya kini, apakah punca-punca murid ponteng sekolah? Sehubungan dengan itu, marilah kita mengenal pasti sebab-musabab yang menjadi penyumbang kepada masalah ponteng sekolah sebelum kudis menjadi tokak.           Pada hemat saya, punca perdana masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid ialah pengaruh rakan sebaya yang negatif. Hal ini dikatakan demikian kerana murid-murid banyak menghabiskan masa bersama dengan rakan sebaya berbanding dengan ahli keluarga. Oleh itu, mereka yang berumur setahun jagung, dara...

Usaha-usaha Memajukan Industri Pelancongan di Malaysia

Image
          Malaysia ialah negara yang terkenal di seantero dunia kerana negara ini bukan sahaja mempunyai khazanah alam semula jadi yang menawan seperti gugusan pulau, pantai dan hutan belantara, tetapi juga mempunyai kepelbagaian budaya yang kaya dengan pelbagai suku kaum, bahasa, makanan serta adat istiadat yang menarik dan unik. Saban tahun, banyak wisatawan mancanegara berkunjung ke Malaysia. Namun, industri pelancongan di Malaysia teruk terjejas akibat penularan virus COVID-19 yang melanda dunia. Lantaran itu, pelbagai langkah proaktif harus diambil oleh pihak kerajaan untuk memulihkan industri pelancongan negara. Persoalannya kini, apakah usaha-usaha untuk memajukan industri pelancongan? Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu usaha untuk memajukan industri pelancongan di Malaysia agar pengetahuan kita bertambah tentang topik tersebut kerana jauh berjalan luas pandangan.     Langkah perdana yang wajar dilaksanakan oleh piha...

Kepentingan-kepentingan Semangat Patriotisme kepada Remaja

Image
  Hikayat lama si anak jati, sanggup korbankan jiwa dan raga; semangat patriotik menebal di hati, daulat negara kekal terjaga. Pantun di atas jelas menunjukkan perasaan cinta akan negara harus ditanam dalam jiwa setiap warganegara Malaysia agar kedaulatan negara kekal terpelihara. Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Pelbagai kemajuan telah berjaya kita kecapi semenjak 67 tahun mencapai kemerdekaan. Lantaran itu, semangat patriotisme menjadi sebahagian daripada nilai murni yang perlu dihayati oleh setiap anak jati Malaysia terutamanya generasi Z yang bakal menerajui negara agar kemakmuran negara dapat terus dikecapi.  Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu kepentingan semangat patriotik kepada golongan remaja.     Pada hemat saya, semangat patriotisme penting kepada golongan remaja sebagai nadi kepada kebebasan, kemerdekaan, kestabilan dan kemajuan negara. Dala...

Usaha-usaha Mengatasi Masalah Buli dalam Kalangan Pelajar

Image
  Pada era langit terbuka ini, isu buli dalam kalangan pelajar semakin meruncing. Isu ini sering terpampang di dada akhbar dan diperkatakan oleh warga sekolah. Antara insiden buli adalah seperti buli  fizikal, buli verbal dan gangguan seksual. Menurut statistik Kementerian Pendidikan Malaysia, sebanyak 4,994 kes buli direkodkan sepanjang tahun 2023. Keadaan ini tidak harus dipandang remeh kerana boleh mendatang impak buruk kepada pembuli dan mangsa buli dari aspek kesihatan fizikal, mental dan emosi. Persoalannya kini, siapakah yang harus dipertanggungjawabkan bagi membendung isu buli di sekolah? Sehubungan dengan itu, usaha-usaha mengatasi masalah buli dalam kalangan pelajar akan dihuraikan secara terperinci agar pengetahuan kita bertambah tentang isu tersebut kerana jauh berjalan luas pandangan.           Pada hemat saya, prakarsa perdana untuk mengatasi masalah buli dalam kalangan pelajar ialah ibu bapa harus memberikan didikan agama yang sempu...

Usaha-usaha Membudayakan Sukan dalam Kehidupan Masyarakat Malaysia

Image
Dalam era ledakan teknologi maklumat ini, budaya bersukan dalam kalangan masyarakat semakin luntur. Isu ini sering terpampang di dada akhbar. Menurut Menteri Belia dan Sukan, tahap kesedaran masyarakat tentang kepentingan bersukan masih rendah. Persoalannya kini, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membudayakan sukan dalam kehidupan masyarakat Malaysia?     Pada hemat saya, prakarsa perdana untuk membudayakan sukan dalam kehidupan masyarakat Malaysia perlu bermula di bangku sekolah lagi. Dalam konteks ini, pihak sekolah perlu melaksanakan Dasar Satu Murid Satu Sukan dengan tegasnya. Menerusi dasar tersebut, setiap murid diwajibkan menyertai kelab sukan di sekolah. Tamsilnya, Kelab Badminton, Kelab Ping Pong dan Kelab Hoki. Impaknya, murid akan berpeluang  melibatkan diri dalam aktiviti sukan untuk memupuk minat bersukan ibarat kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Maka, jelaslah bahawa, budaya bersukan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi seperti kata...

Usaha-usaha menarik Minat Golongan Muda Menceburi Bidang Pertanian

Image
Dalam menongkah arus modenisasi abad ke-21, bidang pertanian semakin tidak mendapat sambutan daripada generasi muda. Isu ini sering menjadi polemik dalam media massa. Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, golongan muda berpersepsi bahawa bidang pertanian memerlukan tenaga fizikal yang banyak dan tidak memberikan pulangan yang lumayan berbanding dengan kerjaya di dalam pejabat yang berhawa dingin. Persoalannya kini, bagaimanakah caranya untuk menarik minat generasi muda menceburi bidang pertanian? Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu peranan masyarkat untuk menjadikan bidang pertanian sebagai bidang pilihan anak muda.     Pada hemat saya, ibu bapa perlu memainkan peranan prima dalam usaha menarik minat golongan muda untuk melibatkan diri dalam bidang pertanian. Hal ini dikatakan demkian kerana, ibu bapa merupakan insan yang terdekat dengan anak dan mampu mempengaruhi persepsi anak terhadap bidang pertanian. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mela...

Kepentingan Teknologi Maklumat kepada Golongan Remaja

Image
Pada era globalisasi ini, perkembangan teknologi maklumat semakin pesat dan meluas seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Topik ini sering diperkatakan oleh masyarakat. Persoalannya kini, apakah kepentingan teknologi maklumat kepada golongan remaja?      Pada hemat saya, kepentingan perdana teknologi maklumat ialah teknologi yang canggih ini dapat meningkatkan pengetahuan dalam kalangan remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana, hampir setiap remaja memiliki peranti elektronik pada masa kini. Misalnya, remaja boleh melayari Internet untuk mengetahui perkembangan semasa di seantero dunia dalam masa yang singkat. Impaknya, remaja tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Maka, jelaslah bahawa, teknologi maklumat dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan luas dan berminda kelas pertama.     Selain itu, teknologi maklumat penting untuk memudahkan remaja dalam pembelajaran di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana, kecanggihan teknologi maklumat ...

Manfaat-manfaat Semangat Kejiranan

Image
  Dasawarsa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara kita semakin luntur. Isu ini sering terpampang di dada akhbar. Sesungguhnya, jiran merupakan orang yang paling dekat dengan kita.  Persoalannya kini, apakah manfaat-manfaat semangat kejiranan?      Antara kebaikan semangat kejiranan ialah kita dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan hidup. Hal ini dikatakan demikian kerana, jiran tetangga akan saling membantu dan hormat-menghormati dalam menjalani kehidupan. Misalnya, jiran boleh membantu kita apabila berlaku hal kecemasan kerana merekalah yang tinggal paling dekat dengan kita. Impaknya, masalah kita dapat diatasi dengan lebih baik. Maka, benarlah bahawa, semangat kejiranan penting untuk menjamin ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat.      Selain itu, semangat kejiranan penting untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Dalam konteks ini, penduduk setempat akan berganding bahu ibarat peribahasa, berat sama dipikul,...

Langkah-langkah Memupuk Semangat Kejiranan

Image
  Dasawarsa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara kita semakin luntur. Isu ini sering terpampang di dada akhbar. Sesungguhnya, jiran merupakan orang yang paling dekat dengan kita. Persoalannya kini, apakah langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat?      Pada hemat saya, langkah perdana untuk memupuk semangat kejiranan adalah dengan menubuhkan rukun tetangga di taman-taman perumahan. Hal ini dikatakan demikian kerana, rukun tetangga bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti kawasan kejiranan. Sebagai contoh, ahli-ahli rukun tetangga bergilir-gilir untuk meronda kawasan perumahan untuk mencegah berlakunya kecurian. Impaknya, semua penduduk taman perumahan akan mengambil bahagian dalam aktiviti rukun tetangga demi keselamatan komuniti setempat. Maka, jelaslah bahawa, penubuhan rukun tetangga dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat ibarat kata peribahasa, bulat air k...

Kebaikan-kebaikan Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Image
Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid di luar bilik darjah selepas waktu persekolahan. Contohnya, pasukan unit beruniform, persatuan dan kelab sukan. Persoalannya kini, apakah kebaikan-kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah?      Antara kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum ialah murid-murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, murid dapat mempelajari cara-cara mendirikan khemah dan menggunakan kompas apabila menyertai pasukan pengakap. Impaknya, murid tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Maka, jelaslah bahawa,  aktiviti kokurikulum dapat menambahkan pengetahuan murid-murid.      Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang murid-murid dengan berfaedah. Hal ini dikatakan demikian kerana, murid-murid akan menjalankan aktiviti kokurikulum di sekolah selepas waktu persekolahan. Tamsilnya, murid  menjalani latihan sukan di padang. Impaknya, murid dapat mengek...

Kepentingan Sektor Pelancongan kepada Rakyat dan Negara

Image
Pada era globalisasi ini, Kempen Cuti-cuti Malaysia begitu giat dijalankan oleh pihak kerajaan bagi merancakkan industri pelancongan negara terutamanya selepas penularan COVID-19. Kempen ini sering disiarkan dalam media massa. Persoalannya kini, apakah kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara? Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu kepentingan sektor pelancongan negara agar pengetahuan kita bertambah tentang perkara ini bak kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan.     Pada hemat saya, kepentingan prima sektor pelancongan ialah sektor ini dapat menjana iktisad negara. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelancong akan berbelanja semasa melancong ke sesuatu destinasi pelancongan. Tamsilnya, pelancong asing akan menukar mata wang mereka kepada mata wang ringgit untuk berbelanja di negara kita seperti membayar kos penginapan dan membeli cenderatamata. Impaknya, ekonomi negara akan berkembang dan nilai ringgit akan meningkat. Maka, jelaslah baha...