Posts

Showing posts with the label Faedah

Manfaat-manfaat Semangat Kejiranan

Image
  Dasawarsa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara kita semakin luntur. Isu ini sering terpampang di dada akhbar. Sesungguhnya, jiran merupakan orang yang paling dekat dengan kita.  Persoalannya kini, apakah manfaat-manfaat semangat kejiranan?      Antara kebaikan semangat kejiranan ialah kita dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan hidup. Hal ini dikatakan demikian kerana, jiran tetangga akan saling membantu dan hormat-menghormati dalam menjalani kehidupan. Misalnya, jiran boleh membantu kita apabila berlaku hal kecemasan kerana merekalah yang tinggal paling dekat dengan kita. Impaknya, masalah kita dapat diatasi dengan lebih baik. Maka, benarlah bahawa, semangat kejiranan penting untuk menjamin ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat.      Selain itu, semangat kejiranan penting untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Dalam konteks ini, penduduk setempat akan berganding bahu ibarat peribahasa, berat sama dipikul,...

Kepentingan Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Image
Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid di luar bilik darjah selepas waktu persekolahan. Kegiatan kokurikulum merangkumi pasukan unit beruniform, persatuan dan kelab sukan. Persoalannya kini, apakah kemaslahatan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah?  Menurut Akta Pendidikan 1996, setiap murid diwajibkan mengambil bahagian sekurang-kurang satu kegiatan unit beruniform, satu kegiatan persatuan dan satu kegiatan kelab sukan di sekolah. Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu kepentingan menyertai aktiviti kokurikulum kepada murid agar pengetahuan kita bertambah kerana jauh berjalan luas pandangan.      Pada hemat saya, kepentingan menyertai aktiviti kokurikulum ialah murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.  Dalam konteks ini, murid-murid dapat menimba ilmu dan menguasai kemahiran yang tidak dapat dipelajari secara formal di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, murid-murid dapat mempelajari cara...

Kebaikan-kebaikan Pembelajaran Secara Maya

Image
Sejak awal tahun 2020, krisis global akibat penularan wabak penyakit COVID-19 telah mengubah landskap pendidikan di seantero dunia. Dunia pendidikan di negara kita turut mengalami perubahan yang ketara menyebabkan pembelajaran secara konvensional tertangguh dalam usaha memutuskan rangkaian penularan virus COVID-19. Lantaran itu, kaedah pembelajaran secara maya dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Persoalannya kini, apakah kemaslahatan kaedah pembelajaran secara dalam talian kepada guru dan murid? Sehubungan dengan itu, kebaikan pembelajaran secara maya akan dihuraikan secara terperinci agar pengetahuan kita bertambah tentang kaedah pembelajaran ini bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan.      Pada hemat saya, kebaikan prima pembelajaran secara maya ialah kaedah ini membantu guru memudahkan dan mempercepat penyampaian ilmu. Dalam konteks ini, guru dapat  menyediakan bahan pengajaran yan...

Kebaikan-kebaikan Mengamalkan Pemakanan Seimbang

Image
Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang merangkumi pelbagai jenis kumpulan makanan dalam jumlah yang bersesuaian. Pengambilan makanan seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, vitamin, lemak dan garam galian pada kadar yang betul. Namun begitu, masih terdapat segelintir masyarakat yang kurang memberikan perhatian terhadap soal kesihatan dan pemakanan. Persoalannya kini, apakah kepentingan pemakanan seimbang kepada kita? sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu kebaikan amalan pemakanan seimbang agar pengetahuan kita bertambah tentang amalan ini bak kata peribahasa, jauh berjalan luas pandangan.      Pada hemat saya, amalan pemakanan seimbang penting untuk kita menjalani kehidupan yang aktif. Hal ini realitinya menjelaskan bahawa, amalan pemakanan seimbang boleh menjadikan badan kita sihat dan kuat. dengan tubuh badan yang sihat, kita dapat menjalankan pelbagai aktiviti seperti belajar dan beriadah. Impaknya, masa k...