Kebaikan-kebaikan Menyertai Kegiatan Kokurikulum
Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid di luar bilik darjah selepas waktu persekolahan. Contohnya, pasukan unit beruniform, persatuan dan kelab sukan. Persoalannya kini, apakah kebaikan-kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah? Antara kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum ialah murid-murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, murid dapat mempelajari cara-cara mendirikan khemah dan menggunakan kompas apabila menyertai pasukan pengakap. Impaknya, murid tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Maka, jelaslah bahawa, aktiviti kokurikulum dapat menambahkan pengetahuan murid-murid. Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang murid-murid dengan berfaedah. Hal ini dikatakan demikian kerana, murid-murid akan menjalankan aktiviti kokurikulum di sekolah selepas waktu persekolahan. Tamsilnya, murid menjalani latihan sukan di padang. Impaknya, murid dapat mengek...