Kebaikan-kebaikan Mengamalkan Pemakanan Seimbang
Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang merangkumi pelbagai jenis kumpulan makanan dalam jumlah yang bersesuaian. Pengambilan makanan seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, vitamin, lemak dan garam galian pada kadar yang betul. Namun begitu, masih terdapat segelintir masyarakat yang kurang memberikan perhatian terhadap soal kesihatan dan pemakanan. Persoalannya kini, apakah kepentingan pemakanan seimbang kepada kita? sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu kebaikan amalan pemakanan seimbang agar pengetahuan kita bertambah tentang amalan ini bak kata peribahasa, jauh berjalan luas pandangan. Pada hemat saya, amalan pemakanan seimbang penting untuk kita menjalani kehidupan yang aktif. Hal ini realitinya menjelaskan bahawa, amalan pemakanan seimbang boleh menjadikan badan kita sihat dan kuat. dengan tubuh badan yang sihat, kita dapat menjalankan pelbagai aktiviti seperti belajar dan beriadah. Impaknya, masa k...