Posts

Showing posts with the label rencana

Rencana: Usaha-usaha Mengelakkan Diri daripada Menjadi Mangsa Penipuan dalam Talian

Image
  Usaha-usaha Mengelakkan Diri daripada Menjadi Mangsa Penipuan dalam Talian  Oleh: Tan Kyler Dalam menelusuri era globalisasi yang kian mencabar akal dan minda, sindiket penipuan dalam talian semakin berleluasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Isu penipuan dalam talian sering disiarkan dalam media massa. Persoalannya kini, bagaimanakah isu tersebut dapat ditangani dengan efektifnya? Menurut Ketua Polis Negara, kesedaran masyarakat terhadap ancaman penipuan dalam talian masih rendah walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan polis. Sehubungan dengan itu, usaha-usaha yang boleh dilaksanakan oleh masyarakat untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian akan dihuraikan secara terperinci agar pengetahuan kita bertambah tentang isu tersebut umpama kata peribahasa, jauh berjalan luas pandangan.     Pada hemat saya, prakarsa perdana yang boleh diambil ialah masyarakat mesti...

Rencana: Punca-punca Kemerosotan Tahap Disiplin dalam Kalangan Murid

Image
  Punca-punca Kemerosotan Tahap Disiplin dalam Kalangan Murid  Oleh: Tan Kyler Dalam menongkah arus modenisasi abad ke-21, tahap disiplin dalam kalangan murid semakin merosot dan membimbangkan semua pihak. Antara masalah disiplin murid adalah seperti ponteng sekolah, merokok, buli, dan vandalisme. Isu ini sering menjadi polemik dalam kalangan masyarakat. Menurut liputan Berita Harian, kesalahan murid ponteng sekolah telah mencatatkan bilangan kes tertinggi pada tahun lalu. Persoalannya kini, siapakah yang harus dipersalahkan? Sehubungan dengan itu, punca-punca kemerosotan tahap disiplin dalam kalangan murid akan dibincangkan secara terperinci agar pengetahuan kita bertambah tentang isu tersebut bak kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan.      Memetik wasitah nirmala perdana, punca kemerosotan tahap disiplin dalam kalangan murid disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Hal ini dikatakan demikian kerana, murid banyak menghabiskan masa bersama-sama rakan di sekol...